KARYA PENULISAN

Tulis sebuah karangan berpandukan gambar di bawah.


            Kita perlu makan dan minum setiap hari untuk menambah tenaga. Namu begitu, kita mesti mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Kita seharusnya berhati-hati ketika memilih makanan. Pilihlah makanan yang bersih dan betul penyediaanya. Makanan tersebut mestilah sesuai dengan selera kita.
           Kita mesti makan makanan yang berkhasiat. Makanan yang berkhasiat dapat membekalkan sumber tenaga yang penting untuk badan. Kita juga mesti kerap memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
           Makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan  dan makanan segera tidak baik untuk kesihatan. Selain itu, kita hendaklah mengurangkan gula dalam pemakanan untuk mengelakkan mendapat pelbagai  jenis penyakit.
          Jika kita makan makanan yang berkhasiat, badan kita akan menjadi sihat. Apabila badan sihat, otak kita juga turut sihat seperti kata pepatah,'badan sihat , otak cergas'.Kita mesti menjaga kesihatan diri. Badan dan otak yang sihat mencerminkan kecemerlangan.

SEKOLAH YANG BERSIH DIIBARATKAN SEBUAH SYURGA. BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MEMASTIKAN SEKOLAH KAMU DALAM KEADAAN BERSIH?

               Saya amat gembira kerana sekolah saya sentiasa berada dalam keadaan bersih. Namun begitu, tahap kebersihan boleh ditingkatkan lagi. Untuk memastikan sentiasa bersih, pelbagai usaha perlu dilakukan. Salah satu caranya adalah dengan mengadakan kempen kebersihan. Menerusi kempen tersebut, murid-murid bekerjasama membersihkan persekitaran kawasan sekolah. Selain membersihkan kawasan, pokok bunga yang sesuai juga harus ditanam agar sekolah kelihatan cantik.
              Bantuan daripada orang ramai, khususnya masyarakat setempat amat diperlukan. Dalam hal ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan . Ibu bapa boleh menyumbangkan wang atau sumbangan seperti bunga dan baja untuk mencantikkan persekitaran sekolah.
             Pihak swasta turut dialu-alukan untuk memberi sumbangan. Mereka boleh menderma untuk membina kolam air, taman sains, atau mural bagi menghiasi dinding sekolah. Sebagai perhargaan , nama penyumbang boleh ditulis di sudut khas.
            Langkah-langkah yang dicadangkan akan menjadi kenyataan apabila semua pihak bekerjasama. Sebagai langkah awal, kita perlu mencantikkan kelas kita dahulu. Selepas itu, barulah mencantikkan persekitaran sekolah.

PANTUN KESIHATAN    

Bersama lukah dan jaring berkait,
Di pohon redup  memintal tali,
Kelak timbullah berbagai penyakit,
Sengsaralah hidup kita lalui.

Rumah baru dibina dicat,
Dengarlah baik-baik nasihat,
Makanlah makanan yang berzat,
Untuk mendapat badan yang sihat.

Kakak suka menonton drama  siri,
Tidak buat kerja rumahnya,
Jaga kesihatan dan kebersihan diri,
Bersih dan kemas tunjukkan hati mulia.

Di ladang ayam menyara ayam,
Di  hutan rimba mencari telaga,
Setiap hari mesti bersenam,
Badan kuat dan bertenaga.







         


1 comment: