Penjodoh bilangan
1. Ayam goreng - ketul
2. Roti - buku dan keping
3. Pisang - biji , sisir, tandan
4. Durian - biji , ulas
5. Anggur - biji , segugus
6. Cendawan - kaki
7. Ais krim - batang
8. Limau - biji
9. Beras - butir
10. Telur - butir
Kata ganda
1. agar-agar - sejenis kuih yang lembut dan berair
2. biri-biri -haiwan yang berbulu tebal dan menyerupai kambing
3. bebola - sejenis makanan yang berbentuk bulat seperti bola
4. gula-gula - makanan yang dibuat daripada gula untuk dikulum atau dihisap
5. kekacang - kumpulan tumbuhan yang bijinya terkandung di dalam kulit yang bersekat-sekat
6. kuih-muih - bermacam-macam jenis kuih
7. lauk-pauk - bemacam-macam jenis lauk
8. sayur- mayur - bermacam-macam daun tumbuhan yang dapat dimasak dan dimakan
9. ulam-ulaman - daun-daunan yang mentah dan dimakan dengan nasi
Contoh ayat
1. Kita hendaklah makan makanan berkhasiat supaya badan sihat dan cergas.
2. Kita mestilah makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
3. Kita mestilah mengamalkan sikap makan secara teratur untuk kesihatan kita.
4. Kita mestilah memakai pakaian bersih.
5. Kita mestilah menggosok gigi sekurann-kurangnya dua kali sehari supaya gigi cantik dan sihat.
6. Kita mestilah menjaga rambut dengan mencuci rambut dengan syampu untuk mengelakkan kutu dan kelemumur.
7. Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka bersenam untuk menjadikan badan cergas dan otak cergas.
8. Kita mestilah tidur awal untuk mendapat kerehatan yang mencukupi untuk mengelakkan badan menjadi lemah.
9. Kita mestilah membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
10. Kita mestilah menutup makanan supaya tidak dihinggapi lalat.
No comments:
Post a Comment