LATIHAN


LEMBARAN KERJA 1

PETIKAN TEKS : KEBERSIHAN MAKANAN

Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

          Seramai lima orang murid telah dimasukkan ke sebuah hospital baru-baru ini . Mereka dimasukkan ke hospital kerana muntah-muntah dan cirit-birit.Mereka mendapat penyakit tersebut setelah makan beberapa bungkus nasi lemak dan beberapa kuih.  Menurut pemeriksaan  doktor, setelah diuji, didapati makanan tersebut telah tercemar.

1. Berapakah jumlah murid yang telah dimasukkan ke hospital?

    __________________________________________________

2. Mengapakah mereka dimasukkan ke hospital?

    _________________________________________________

3. Apakah punca mereka diserang penyakit tersebut?


     __________________________________________________

LEMBARAN KERJA 2

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG 

          Makanan seimbang mengandungi zat karbohidrat, protein, vitamin, garam mineral dan lemak. Makanan seimbang memberi tenaga, dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada penyakit. Makanan yang membekalkan tenaga ialah makanan berkarbohidrat seperti nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuklah semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengadungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

Protein ialah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ayam, itik dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang. Makanan yang mengandungi zat vitamin mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan. Garam mineral pula diperolehi daripada makanan laut seperti udang, ketam dan sotong. Lemak perlu diambil dalam jumlah yang sedikit seperti keju, mayonis dan makanan bersantan.

Latihan
Soalan kefahaman
Berdasarkan petikan di atas,jawan soalan-soalan berikut:
1. Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi 5 jenis zat iaitu:-
a.
b.
c.
d.
e.

2. Berikan contoh makanan yang mengadungi protein?
a.
b.
c.

3. Apakah makanan yang memberi tenaga kepada badan?

   -_____________________ adalah makanan yang memberi tenaga kepada badan.

4. Benarkah kita tidak dibenarkan memakan makanan yang bergula?
a. Ya. Kita tidak dibenarkan memakannya.
b. Tidak. Kita boleh makan makanan bergula dalam jumlah yang sedikit.

5. Mengapakah kita mesti mengambil makanan yang seimbang?
a. supaya badan kita sihat
b. supaya badan kita sakit.
 















































2 comments:

  1. Lembaran kerja 1 :-

    Soalan 1 : Seramai lima orang murid.
    Soalan 2 : Kerana muntah-muntah dan cirit-birit.
    Soalan 3 : Setelah makan beberapa bungkus nasi lemak dan beberapa kuih.

    Lembarak kerja 2 :-

    Soalan 1 : a. karbohidrat
    b. protein
    c. vitammin
    d. garam mineral
    e. lemak
    Soalan 2 : a. ayam
    b. lembu
    c. ikan
    Soalan 3 : Makanan karbohidrat.
    Soalan 4 : b.
    Soalan 5 : a.
    Harap2 betul semua :) Nanti post latihan lagi tau.

    ReplyDelete